Sabtu, 3 Januari 2009

TUGASAN SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid.

1 murid = 3 buah buku
1 kelas = 45 orang murid

Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku

Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas

> 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat

- Mesyuarat JKK sekolah
- Mesyuarat Guru
- Mesyuarat Sukan
- Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia
- Mesyuarat PIBG
- Mesyuarat Kelab Guru
- Mesyuarat Kokurikulum
- Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah

Hari Guru
Maulidur Rasul
Maal Hijrah
Kemerdekaan
Bulan Bahasa
Hari Anugerah
Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru
bertanggungjawab terhadap 2 unit

- Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu
- Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak
- Perjumpaan persatuan / kelab
- Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang.

Borang keluar masuk & buku keluar masuk
Borang emis / hrmis/ label
Buku Hadir Kursus / balik dari kursus
Borang Fleksi PMR / SPM
Borang kehadiran murid ke kelas fleksi
Buku Pemantauan / salah laku murid
Buku catatan relief guru
Buku tugasan mingguan
Laporan mingguan
Laporan keceriaan
Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan
selepas mengawas peperiksaan
Buku Kokurikulum murid
Borang permarkahan kokurikulum


7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian.
1 subjek 2 paper – 2
2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU

HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU-GURU YANG PERNAH MENGAJAR AKU…..

SRK ALL SAINTS 1977-1982
SMK TREACHER METHODIST, TAIPING 1983-1987
SMK KING EDWARD VII, TAIPING 1988-1989
MAKTAB PERGURUAN MOHD KHALID, JB (dah tutup pun)1992-1994
MAKTAB PERGURUAN PERLIS (KSPK) 2000-2001
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 2001-2005
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 2008-KINI
(harap 2010 habis)

KINI BARU KU SEDAR PENGORBANAN SEORANG GURU…

DAN BETAPA GEMBIRANYA KETIKA AKU BERGELAR MURID, PELAJAR

KEGEMBIRAAN ITU AKU CUBA SEDARKAN KEPADA PELAJAR-PELAJARKU BETAPA MEREKA PERLU MENGHARGAI PENGALAMAN SEBAGAI PELAJAR….SUPAYA MEREKA RINDU UNTUK KEMBALI KE ZAMAN PERSEKOLAHAN …DAN...SUPAYA ADA PERKARA YANG SENTIASA MENYENANGKAN APABILA MEREKA MERINDUI ALAM PERSEKOLAHAN…..BUKAN SEKADAR MENGHABISKAN MASA REMAJA….

DAN

TENTUNYA RASA GEMBIRA SEORANG GURU KINI….

MELIHAT KEJAYAAN PELAJAR-PELAJARNYA MENEMPAH NAMA DIPERSADA DUNIA YANG SEMAKIN MENCABAR INI……

DAN MAMPU MERUBAH DUNIA KEARAH YANG LEBIH BAIK

terima kasih cikgu - kalimah yang cukup bermakna buat seorang guru



2 ulasan:

  1. detail.....
    ha ha ha..
    aku cop[y buleh dak?..nak paste sbg n3 aku..

    BalasPadam
  2. Salam Makcik

    Saya pun guru juga. Orang rumah seorang itu pun guru juga.

    Lukmanw

    BalasPadam