Ahad, 21 Disember 2008

2008 melabuhkan tirai

2008 merupakan tahun yang paling sibuk kurasakan.... awal tahun ini kumulakan dengan sejarah baru dalam hidupku, kerana 26 dis 2007 aku telah menjalani pembedahan dengan membuang rahimku kerana didiagnos yang aku telah menghidap penyakit kanser rahim, walaupun di stage 1 tetapi doktor telah menasihatkanku supaya membuangnya kerana ditakuti merebak ke tempat lain.
walaupun telah dibuang, risiko untuk merebak masih ada dan aku akan menemui doktor 3 bulan sekali dan menjalani CT Scan 6 bulan sekali di Hospital Sultanah Bahiyah kerana aku telah menjalani pembedahan disana.
walau hati perit memikirkan, pelbagai perkara berkaitan::: namun hanya hati yang tahu....maka aku berserah kepada-Nya. Syukur alhamdulillah setahun berlalu, aku sihat dan diberi tenaga oleh Yang Maha Esa untuk teruskan hidup ini seperti orang normal yang lain...
aku cuba hilangkan perasaan dan fikiran yang dibelenggu ini dengan menambah aktiviti baharuku iaitu belajar lagi...untuk tambah kesibukan agar aku tidak terus berfikir tentang kesihatanku...aku sambung sarjana di usm dalam bidang multimedia juga....haaaaa ini lah yang menambah maluku pada rakan2 lain yang telah mendahuluiku mempunyai blog sendiri sedangkan aku tidak sempat untuk membuatnya...tugasan yang diberi pensyarah juga menyebabkan aku terlalu sibuk tambahan pula dengan kerja2 sekolah yang hanya PARA GURU SAHAJA YANG MEMAHAMI betapa sibuknya guru2.
walau diberi kerja separuh hari, tapi kerjanya hampir 12 jam dan kadang2 melebihi....walau diberi kerja 5 hari tapi kadang2 hingga 7 hari tanpa henti, walau diberi cuti semester tapi kadang2 dipanggil, ditelefon supaya hadir ke sekolah..dan kadang2 cuti sebulan hanya tinggal 2 minggu atau kurang kerana tugasan yang diberi...banyak hallahhhh....hanya yang bergelar guru sahaja yang faham...

keluargaku

Keluargaku segalanya bagiku....bicara pagi bicara petang bicara malam tetap mengenai keluargaku. Kehilangan ibu menyedarkan kami betapa indahnya mempunyai sebuah keluarga yang lengkap .
Keakraban kami semakin ketara. Biar susah dan senang kami tetap bersama. Anak-anak penawar hati kami, pengikat kasih kami, penyatu kebahagian kami.

Anak-anakku..kalian umpama permata hati kami. Kalian segalanya bagi kami. Moga kota semua berada di jalan yang diradhai Allah.

Anak-anakku jangan sesekali kalian lupa akan Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segalanya bermula dari Dia.

ketinggalan

aku baru nak belajar-belajar tulis blog...rasa diri nie ketinggalan sangat...jauh..sehingga aku terlalu kecil walau badanku besar eeee.....
pada hal aku lulusan multimedia...terlalu sempit untuk aku mencari ruang masaku untuk mengadap dan mempelajari cara memblog...satu hari aku punya masa untuk membaca blog rakanku yang ketika aku menemuinya setelah terpisah hampir 12 tahun dia tidak tahu apa2 tentang internet tapi sekarang dia ketagih untuk memblog....sungguh aku malu ...malu pada kemajuan yang aku tinggalkan...
untuk mencuba kali pertama ini aku masih tiada bahan untuk dipaparkan...oleh itu aku nak mula dengan hari rayaku tahun 2008.





ketiadaan ibu menyebabkan kami semakin rapat....aku dan adik beradikku sudah tiada tempat bermanja namun kehilangan ibu diganti dengan ibu tiriku yang menjaga abah dan membolehkan kami berkumpul di pagi raya dengan rasa dan cinta sesama kami.