Sabtu, 10 Januari 2009

jom pie toy museum





salam....awal tahun nie pas je aku dapat assignment aku teruih pikir nak buat projek apaa la untuk multimedia management aku nie...so aku teringat pamphlet yang baru dapat masa mesyuarat kat smk masyhor hari tu...Toy Museum...anak2 aku dah lama ajak pie tengok...tapi aku je cam malas sangat nak masuk tengok toy tapi bila time aku pun ade gak kepentingannya..kira ok lah toy pun toy la...

aku pie dengan semangat la sebab nak ambil gambar dan niatnye nak buat corporat video la....sebab toy museum nie yg terbesar di dunia tau.... masuk agak mahai jugak la berbanding apa yg kita boleh buat kat dalam tu...adult RM10 dan kanak2 RM5.

Tempat dia tak le besar mana.. dalam 1 setengah bilik darjah kut...toy memang banyak tak di nafikan...yang besar2 kita pun ada la dalam 10 yang lengkap fizikalnya. memang agak menakjubkan sebab dari hobi boleh jadi business and lumayan leee.

objek toy tu memang nampak real. pada budak2 kecil yang bawah 10 tahun aku rasa memang sangat gembira la tengok kengkawan dia banyak. cuma aku rasa tempat tu boleh diupgred lagi kut sebab dinding plastik yang cover patung2 tu agak tidak menarik dan mungkin boleh beri perkhidmatan atau rangsangan lain supaya lebih menakjubkan seperti bunyi suara2 sebenar toy atau toy2 yang boleh dipegang terutama yg besar2.

anyway, kalau sesiapa yg nak ke penang dan perlukan tempat untuk anak2 melayan diri jom pie Toy Museum. Aku tak jadi buat corporat video..tukar tajuk lak.

1 ulasan: