Ahad, 21 Disember 2008

2008 melabuhkan tirai

2008 merupakan tahun yang paling sibuk kurasakan.... awal tahun ini kumulakan dengan sejarah baru dalam hidupku, kerana 26 dis 2007 aku telah menjalani pembedahan dengan membuang rahimku kerana didiagnos yang aku telah menghidap penyakit kanser rahim, walaupun di stage 1 tetapi doktor telah menasihatkanku supaya membuangnya kerana ditakuti merebak ke tempat lain.
walaupun telah dibuang, risiko untuk merebak masih ada dan aku akan menemui doktor 3 bulan sekali dan menjalani CT Scan 6 bulan sekali di Hospital Sultanah Bahiyah kerana aku telah menjalani pembedahan disana.
walau hati perit memikirkan, pelbagai perkara berkaitan::: namun hanya hati yang tahu....maka aku berserah kepada-Nya. Syukur alhamdulillah setahun berlalu, aku sihat dan diberi tenaga oleh Yang Maha Esa untuk teruskan hidup ini seperti orang normal yang lain...
aku cuba hilangkan perasaan dan fikiran yang dibelenggu ini dengan menambah aktiviti baharuku iaitu belajar lagi...untuk tambah kesibukan agar aku tidak terus berfikir tentang kesihatanku...aku sambung sarjana di usm dalam bidang multimedia juga....haaaaa ini lah yang menambah maluku pada rakan2 lain yang telah mendahuluiku mempunyai blog sendiri sedangkan aku tidak sempat untuk membuatnya...tugasan yang diberi pensyarah juga menyebabkan aku terlalu sibuk tambahan pula dengan kerja2 sekolah yang hanya PARA GURU SAHAJA YANG MEMAHAMI betapa sibuknya guru2.
walau diberi kerja separuh hari, tapi kerjanya hampir 12 jam dan kadang2 melebihi....walau diberi kerja 5 hari tapi kadang2 hingga 7 hari tanpa henti, walau diberi cuti semester tapi kadang2 dipanggil, ditelefon supaya hadir ke sekolah..dan kadang2 cuti sebulan hanya tinggal 2 minggu atau kurang kerana tugasan yang diberi...banyak hallahhhh....hanya yang bergelar guru sahaja yang faham...

4 ulasan:

  1. asskum.. saya doakan agar anda tabah dan sabar menempuhi hari2 yang mendatang.. sabarlah dugaan Allah swt ini.. salam maal hijrah buat anda..

    BalasPadam
  2. salam...
    hang pernah berbicara. Better Late than never.
    Aku pernah dengar ayat itu...

    Dan, hari ni aku gembira bila ada kawan2 lama yg dah lama tak jumpak, boleh terjumpak semula..apa apa hal pun. hang kena tabah. aku dah tahu cerita hang from liza.

    Dan, dari n3 hang..cam dapat aku agak, sapa kawan hang 12 tahun tak jumpak tu..yg bangang pasal internet, tapi gila memblog..ha ha ha.

    BalasPadam
  3. Roseni

    Kami (saya dan Zulaila) baru shj baca blog ini (31 dis jam 11.55 mlm). Zulaila sampaikan salam dan dia terharu baca posting ini.

    Lukman

    BalasPadam
  4. tq... kengkawan...
    cikgooden.. memang betul..hang le 12 tahun tu..kan kan kan...

    anyway all the best

    BalasPadam